Sunday, June 21, 2009

In love With My Bestfriend

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been



bercinta dengan bestfriend ?? kadang2 cambesh gak ..

tapi besh yang lama ke yang bersifat sementara je?? apakah??

tapi ada banyak sangat tapi yang boley dicipta.. penat nak bertapi tapi neh..

kalau TAK NAK, cakap je TAK NAK.. jangan nak drag lelama..penat ok!

** how to tolak cinta kawan baik yang baik**

1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat. <-- alasan typical neh.. da guna banyak kali neh.. beliaU pun naek jemu kereta kebal dengar alasan ini cam tadak alasan lain yang lagi gempak jek.. harus lebey kretip neh.. haish~

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya. <-- tak berapa setuju kot.. sbb kapel and kawan2 is totally different kot.. kalau beliau propose untuk NIKAH terus, camno weh?? botak palo den pikir manyak2 ni..

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.<-- hahaha.. mmg saya brutal dan sengaloz dengan beliaU.. cam lawak je if nak manja2 gedik2 and blablabluwek2 dengan beliaU.. malu hoh!! dan sukar woh nak tukar dari AKU//KO to SAYA//AWAK ke ape-name-yang-ko-suke-tu.. geliiii ok!!

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya. <-- em.. salah silap tak tepat ni..mmg tak pk nak bershenta.. even tak cinta sekalipon, tetap gak kasih dan sayang kat beliaU tu.. kata beshpwen kan kan kan??losing beliaU is scary jugak.. tiada lagi bahu menangis saya mungkin~ jangan tinggalkan aku bahuku !!

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya. <-- ni betOl and beta setuju benar~ cuba laa carik dulu kat luar sana.. manalah tau jumpa cinta sejati anda.. belum cuba belum tau, dah jumpa terus mau.. hahahaaiyok~

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul. <-- jumpa je la.. buat je cam hari2 biasa.. nanti nak elak2 nampak sangat semacam..beliaU bukan alien pon.. cara ko say NO tu yang penting..janji jangan sampai menjatohkan maruah beliaU sudey..ngeh..

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia. <-- ye ye.. saya tak mungkin dapat setia dengan beliaU lagi2 kalau sepanjang kawan dengan beliaU, saya tau beliaU tak berapa nak setia dengan eX-Gf.. saya pon takot.. tak payah susah2 tabur janji kata2 manis2 wat orang kene diabetis je(ni probability yg agak tinggi sbb da kuciwa nnt,mesti makan cokelat and eskem byk2.. ohtidak.com~) baik saya maen kayu 3 campor 5 is equal to 8 sedari awaL lagi.. hahahahahaa

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu. <-- yep! sampaikan saya bisa tau segala cerita beliaU yang kurang enaK itu.. itu lah gunanya sahabat.. menerima sahabat seadanya sambil2 mentegur beliaU.. tp kalau nak more than that, haruslah fikir berkali2 berpanjang2 bertinggi2.. sebab dah tau kentot beliaU mungkin busuK mengalahkan tangki tahit, takkan masih mahu hidu.. dan beliaU pon mungkin suda tau mulut saya tak seharum mawar mekar mewangi, takkan masih mau dekat kot.. ngeh

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang. <-- bodolah sangat kalau beliaU tanak kawan dengan saya just because direject dengan cara terhormat itu.. ape ko bangang sangat neh? aku tanak kapel je bukan tanak kawan da weh.. lagipun, bkn kau da ada calon gak ke?? simpan je la CINTA DALAM HATi.. cam kau simpan duit dalam ASB.. nnt dia bertambah2.. tak rugi pon kan? kekeekekerek siaL~

10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU” <-- mmg kau selamanya SAHABATKU..aku cinta padamu by siti nurhaliza..wakakakakakawan terimalah hakikat ini pleasE!



I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed

1 comments:

miki on June 21, 2009 at 8:23 AM said...

siapkah siapakah?

 

* A Story To Share * Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template