Wednesday, June 24, 2009

ATT: BUDAK HILANG DAH DIJUMPAI

Salam Semua... Minta bantuan tolong sebarkan maklumat dan gambar ni dalam apa jua bentuk supaya orang ramai boleh melihat. tak kira la blog ke, facebook ke, dan Sebagainya..

KANAK-KANAK HILANG

Nadia Natasha 8 tahun dan Ahmad Zakry 10 tahun, telah hilang dari rumah di Sri Putramas, Jalan Kuching, KL pada 22 Jun 2009. Kali terakhir dilihat pada jam 7malam 22 Jun. Sebarang info sila hubungi Puan Miza di 013-345 5661. Terima kasih.

Nadia Natasha 8 yrs and Ahmad Zakry 10 yrs were missing since 22nd June 2009, last saw at Sri Putramas, Jalan Kuching, KL at 7pm. Please call Puan Miza at 013-345 5661 if you have any information. Thank you.


source : MatGebu

!!!!UPDATE!!!!! : sudaah dijumpai~ sekiaN!



meow: jgn nnt muka mimot lak kat front page hilang! takot takot!!

Tuesday, June 23, 2009

TAG tak bermakna TouchAndGo

Dengan jayanya hari ni beta telah berjaya ponteng kelas pertama untuk sem ni.. sebab : keobertiduran .. muhahaa.. tah bile aku nak insap tah.. tapi tidur tuh sangat indah okeh..

beta bangga dan tak rasa bersalah pun ponteng ini hari sebab kelas kensel..

da agak da pong!! name pun MSU.. sangat tak pelik kelas kensel last2 minit neh..

jadi rekod beta untuk sem ni masih canteQ.. bolehla simpan nak ponteng nanti2.. hahaha.. ponteng ni cam wajib je dalam kamus hidup.. kelas Dr. Palabilabi(bkn name sebenar) pun beta berani ponteng dengan hebat walaupun terpaksa buat sekeping surat rasmi bagi kat dia untuk tatapan masa tua dia.. ini kan pulak lecturer cikai2 tuh.. tak gentar langsong beta setakat nak ponteng sekali dua untuk buat telur kat etenden list tuh..

hahaa.. belagak siaL~



eh eh kenapa tetiba ada gambar ini?? ada mommawannabe lagi.. datin wannabe takde ke?? keskes.. beta di TouchAndGo oleh dua org makhluk halus (MH) serentak.. takot takot!! harus beta jawab laju2 neh..

[1] Copy Award Diatas Untuk Diletakkan Di Blog Anda
ye awal2 lagi beta dah kopi teh milo ais kat sini.

[2]Nyatakan 5 Fakta Menarik Tentang Si Pemberi Award Ini

++ MH ke 1 : Si Belang Belang ++

  • Jelas dan nyata Si Belang lebih halus berbanding beta yang agak tebal dengan lemak.wakaka
  • Bukan peponteng kelas tegar seperti beta. susah nak nampak telur kat tepi nama dia which is good la. never ever tiru me nnt penat nak rebut award ngan beta. dahle awk halus je.ngeh.
  • banyak potpetpotpet gak dalam kelas tapi exam gerenti cemerlang gak. apekah maknanye tuh?? silalah tanya tips dari beliau.
  • her current hobby is shawls hunting. sanggop apa saje demi sehelai shawl cantek dan bermutu.kuikui
  • nak ajak beta melawat klinik gigi. tapi beta takot doktor gigi. haish~ teman dok lua je la ek?
++ MH ke 2 : Si Miki ++

  • seorang yang rajin dan tekun belajar. beta sgt kagum sbb beta pemalas yang amat.
  • sangat keding. makan byk mana pun, tak besar2. beta seperti mau sedekah je lemak beta kat Si Miki neh.. ai pakat ngan kakna bagi kat yu? mau??
  • agak garang. ramai org takot. maybe more to TEGAS kot. grr takot takot.
  • pendengar setia beta. temkiyut temkiyut. sila dengar lagi dan lagi. ngeh
  • perahsia tahap gabanez. jgn korek nnt anda penat je sbb takkan dapat tau punya!ahahah **extra :: beliau suka tido 5 minit bawah meja lab taim skolah dulu.. saya tukang kaber walaupun saya kaki tido gak..tapi saya tido secara macho.. kahkah **

[3]Setiap Blogger Mestilah Menyatakan 10 Fakta Atau Hobi Diri Sendiri Sebelum Memilih Penerima Award Seterusnya

  • beta pendiam lagi pemalu<--wah fakta paling menarek di abad ini. u shadap! ekekeke..
  • makan banyak sebab suka makan yang enak2 dan beta sanggup masak sendiri demi dapat makanan besh lagi murah dan banyak.. hahahahaa...
  • sudah mula beruban sejak 16 tahun. ini serious!!
  • hobi aneh beta adalah melihat lampu yang banyak dan shanteQ.
  • hanya drive sendiri jika terpaksa. i repeat, jika terpaksa sahaja!! contoh: memandu ke kelas.<-- nmpk sgt terpaksa ke kelas. haha. ( beta ada byk driver tanpa gaji. trimas atas khidmat anda. sila tingkatkan lagi usaha anda mana tau suatu hari anda bakal dibayar gaji. huahua)
  • jarang keluar sendirian(cam sekali dua je baru keluar sorang2 neh.tu pun jarak dekat. L btol beta neh!!) berdua lebih baik kan?? ngeh
  • sangat macho. hahahahaaa. ada sape2 mau?
  • sgt menci bila tak dapat tido yang cukup ataupun diganggu raksasa time tido. otomen datanglah selamatkan saya lawan raksasa itu!! hoyeh hoyeh..
  • beta dengar lagu tak habis. haha. bowim ah dengar lagu awal pai habis. sile tekan button next.barulah cooL. ngehngeh. (kalaulah org bebel pun kita bley tekan next takpon fast forward kat besh!!)
  • beta berusaha memupuk minat menghabiskan pengajian beta yang tinggal berapa kerat je neh. sekolah ni takleh main tekan2 next ataupun fast forward. tak cool kan?? but i wish i can push the rewind button again and again! haish~
  • ini fakta ke10.
  • anda baru kene tipu. ni da fakta ke11. hahahaa. beta mmg suka kasi lebih. dulu kini dan selamanya kalau jawab paper exam mmg kasik lebih seketul dua konon dapat extra marks la. kahkahkah.
[4]Anda Perlu Memilih 10 Penerima Award Seterusnya Dan Describe Tentang mereka

1. awk - yang bace blog ni..
2. kamu - yang suke saya kat dlm ati tuh.. wakaka.. perasan!!
3. Anonymous - kenapa tamow ngaku je sape anda??

hahhahahahaa... buatlah sape2 yg rajen nak wat tu.. u TouchAndGo.. gunakan tanpa was2.. habis sila reload sendiri..

babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii ~~~

Sunday, June 21, 2009

In love With My Bestfriend

Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been



bercinta dengan bestfriend ?? kadang2 cambesh gak ..

tapi besh yang lama ke yang bersifat sementara je?? apakah??

tapi ada banyak sangat tapi yang boley dicipta.. penat nak bertapi tapi neh..

kalau TAK NAK, cakap je TAK NAK.. jangan nak drag lelama..penat ok!

** how to tolak cinta kawan baik yang baik**

1. Menyatakan kepadanya secara berterus-terang bahawa kamu tidak sesuai untuk bercinta dengannya kerana kamu menganggap dia adalah sahabat karib dunia dan akhirat. <-- alasan typical neh.. da guna banyak kali neh.. beliaU pun naek jemu kereta kebal dengar alasan ini cam tadak alasan lain yang lagi gempak jek.. harus lebey kretip neh.. haish~

2. Menyatakan kepadanya sekiranya kamu menjadi kekasihnya, kamu tidak mungkin boleh mengikut kehendak, arahan dan permintaannya. <-- tak berapa setuju kot.. sbb kapel and kawan2 is totally different kot.. kalau beliau propose untuk NIKAH terus, camno weh?? botak palo den pikir manyak2 ni..

3. Kamu dan dia tidak sesuai kerana, selama ini kamu bersikap brutal ketika bersama dia dan tiada ciri2 kekasih yang sejati.<-- hahaha.. mmg saya brutal dan sengaloz dengan beliaU.. cam lawak je if nak manja2 gedik2 and blablabluwek2 dengan beliaU.. malu hoh!! dan sukar woh nak tukar dari AKU//KO to SAYA//AWAK ke ape-name-yang-ko-suke-tu.. geliiii ok!!

4. Kamu tidak pernah terfikir untuk bercinta dengannya kerana ketika bersahabat pun anda tidak peduli dengan kehadirannya. <-- em.. salah silap tak tepat ni..mmg tak pk nak bershenta.. even tak cinta sekalipon, tetap gak kasih dan sayang kat beliaU tu.. kata beshpwen kan kan kan??losing beliaU is scary jugak.. tiada lagi bahu menangis saya mungkin~ jangan tinggalkan aku bahuku !!

5. Menerangkan kepadanya bahawa masih ramai lagi gadis/jejaka diluar sana yang mempunyai ciri2 pasangan yang diidamkan olehnya. <-- ni betOl and beta setuju benar~ cuba laa carik dulu kat luar sana.. manalah tau jumpa cinta sejati anda.. belum cuba belum tau, dah jumpa terus mau.. hahahaaiyok~

6. Cuba mengelakkan diri kamu daripada bertembung dengannya ditempat kerja, sekolah atau ditempat yang anda dan rakan2 lain selalu berkumpul. <-- jumpa je la.. buat je cam hari2 biasa.. nanti nak elak2 nampak sangat semacam..beliaU bukan alien pon.. cara ko say NO tu yang penting..janji jangan sampai menjatohkan maruah beliaU sudey..ngeh..

7. Jelaskan padanya anda lebih sayangkan ikatan persahabatan anda daripada menjadi seorang kekasih yang perlu ada komitmen dan bersifat setia. <-- ye ye.. saya tak mungkin dapat setia dengan beliaU lagi2 kalau sepanjang kawan dengan beliaU, saya tau beliaU tak berapa nak setia dengan eX-Gf.. saya pon takot.. tak payah susah2 tabur janji kata2 manis2 wat orang kene diabetis je(ni probability yg agak tinggi sbb da kuciwa nnt,mesti makan cokelat and eskem byk2.. ohtidak.com~) baik saya maen kayu 3 campor 5 is equal to 8 sedari awaL lagi.. hahahahahaa

8. Kamu jelaskan padanya bahawa kamu lebih mesra dan selesa sekiranya tetap terus berkawan sahaja kerana kamu sudah tahu perangainya ketika kamu menjadi sahabatnya dulu. <-- yep! sampaikan saya bisa tau segala cerita beliaU yang kurang enaK itu.. itu lah gunanya sahabat.. menerima sahabat seadanya sambil2 mentegur beliaU.. tp kalau nak more than that, haruslah fikir berkali2 berpanjang2 bertinggi2.. sebab dah tau kentot beliaU mungkin busuK mengalahkan tangki tahit, takkan masih mahu hidu.. dan beliaU pon mungkin suda tau mulut saya tak seharum mawar mekar mewangi, takkan masih mau dekat kot.. ngeh

9. Nyatakan padanya bahawa kamu sudah mempunyai calon dan bakal kekasih yang sesuai dengan diri kamu. Tapi harus diingat jelaskan secara baik kerana kamu mungkin hilang kawan baik yang kamu sayang. <-- bodolah sangat kalau beliaU tanak kawan dengan saya just because direject dengan cara terhormat itu.. ape ko bangang sangat neh? aku tanak kapel je bukan tanak kawan da weh.. lagipun, bkn kau da ada calon gak ke?? simpan je la CINTA DALAM HATi.. cam kau simpan duit dalam ASB.. nnt dia bertambah2.. tak rugi pon kan? kekeekekerek siaL~

10. Bertegas dengan penderian kamu sekiranya kamu betul2 tidak dapat menerimanya. Ikut kata hati kamu dan jangan termakan pujuk rayu si dia. Akhir sekali katakan dan tegaskan kepadanya “KAU MASIH SAHABATKU” <-- mmg kau selamanya SAHABATKU..aku cinta padamu by siti nurhaliza..wakakakakakawan terimalah hakikat ini pleasE!



I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed

wish i could stay forever

Semalam saya kebusanan dan mengalami 'sindrom cuti' yakni tak boleh tido time sepatotnya saya tido.

Da paksa diri ni tido tapi tak berjaya, lagi2 kalau da bukak laptop neh..

Mata ni lagi membulat adalah.haish~

Apa saya buat??

Jejejeng~





perkara biasa orang buat dikala kebusanan.. hahahhaahahaa...

dan ketiduran pukul 5 pagi kot..


YoU : : sorry ~ i tak berjaya teman g Loyat beli printer baru. i da bangon but my phone was in silent mode and i thought u jd la jumpe lala n d gang.. sorry manyak2 dear..


meow:: ada kain kiyut miyut boleh buat baju raya dijual kat sini


Sunday, June 14, 2009

Rambut palsu



today 14 June..

esok 15 June..

day after tomorrow 16 June..

tulat 17 June..

lepas 17 apa??

18 kan?

lepas 18 plak??

hah!! 19???


Tencen woooohh~~~

someone please kidnap saya sekarang!!!!!! huwaii..

walaupun cuti saya yang tinggal bape hari je ni dan bakaL tamat pada 19hb ni, saya tetap bangga gembira suka hati serta puas hati dengan cuti yang tak berapa nak lama ni..

walaupun cuaca agak tak berapa nak besh kat sini, tapi sy okekan je.. at least hati saya tak berada dalam keadaan panas boiling terbakar segala dengan kolej yang mengong tu.. tak suka kolej tak suka !! cepatla abis weh~

tapi sebab panas sangat kat sini, saya dengan jayanya telah memputung rambot.. dengan takde idea nak putung camne, men masok je kedai and suruh je orang putung.. janji pendet ringan kepala dan senang diurus.. almaklomlah saya kan seorang yang rajin.. muhehEe

dan hasilnya :

* Sile abaikan keseksian puan itu @_@ *

memang tempat biasa yang diserbu adalah E&D Salon lokasi Kota Bharu Kelate.. da jadi pelanggan tetap sejak 6 tahun yang lalu.. lame tu weh~ setia kan saya?huahua.. tu pon da tukar tempat tapi i'll follow u wherever u may go lah.. haha.. dan teman paling setia yang ikot putung rambot adalah mamat disebelah itu.. mmglah setia sangat nak ikot sbb nnt dia pon putung gak.. saya tak putung, dia pun tak putung~ caiT!! saya takpela puan leh simpan rambot panjang2 (which is sgt tak mungkin).. dia mane bolEy~ haish!

mmg sgt suka and yakin dengan hairstylist situ.. cam biasalah saya jenis yang da suka 1 menda or tempat, mmg stick kat 1 tu je la.. gpon, mmg besh pon dorang neh.. pernah sekali shampoo boy basoh rambut saya lama gila sampaikan kwn2 dia ejek na tekel saya yang hitam ni keh?? sian dia kemaluan disitu.. kahkahkah.. tp siyes mmg lama and besh pon dia basOh.. sgt nice apek comey tuh~ huahua..

and this time, yang putung rambut saya ni boy jugak.. org baru kot.. habis putung dia cakap saya da cam pakai wig.. muhahahaa.. ckp kat dia rambot dia besh tebal n kembang, mintak la sket.. dia senyum and cakap , nnt dia potong rambot dia dtg la amek.. ngeh~
snanye malu weh!! alangkah buruknye perasaan pakai wig itew!kaber je tuh.. pastu terus gi bayar and time nak bayar pun cashier tu tegur, nice lor ur hair like wig, so black.. and i said laju2 , no laa.. so nipis yet beruban maa.. and that lady replied,uban?? oke oke.. hehehe...

rasa nak keluar dr kedai tu cepat2, kalau ada ilmu heroes memang ghaib je kot.. tanak bayar tanak apa.. tau2 nak dok umah je.. tp malangnya teman setia saya tu masih belum selesai.. dush dush!! tumbok muka sdr sampai da tak nampak muka sebenar.. malu weh malu!!

duduk la daku dkt bench tu sambil buat2 men handphone neh.. pastu betolkan rambotku yang cam wig tu.. nak kasik lg burokla sket.. sekali apek cina tadi nak keluar gi mana2 tah tumpang lalu depan saya and dengan selamba betolkan fringe saya sambil berkata, jgn bukak2 biar je jatoh camtu. comey! haish !! malu buat kali kelapan puluh juta... comey kepala kucing kau~ macam WIG ok!?

tapi rambut jadi macam wig sbb dia blow je.. kalo tak, biase2 je.. suka je rambut baru ni ekceli~ maseh lew kat apek cina nice so nice yang membasoh memassage memputung dan memblow rambot saya selama sejam tu T__T

dan wig tu suda pun tamat riwayat hidupnya setelah saya sampai ke rumah dan mandi.. hohoho

meow :: da beli kain nak wat baju raya.. da hantar jahet pun~ huyeh!! suke suke suke.. kaler??biarlah rahsia.. eceh poyo sunggoh!




Thursday, June 4, 2009

Oh mama , saya mau kawen..

sekarang tengah cuti sekolah and saya sebagai budak sekolah pon bercuti..
sekarang takde kerja melaenkan jadit drebar dan babysitter tanpa gaji..

:: nah amek ni hadiah cuti yang tak bape nak panjang neh ::


1. How old are you?

kat ic :: 23 taon 2 bln.. still remaja.. haha
kat ati :: poreber21.. lg remaja weh.. hahahaahaarubiru~


2. Are you single?

considered as single slagi tak dipikat dan diikat oleh sesape.. muhahahhaa.. ayat tamow kalah neh~


3. At what age do you think you’ll get married?

ikot umo ic :: tahon depan tak kot 2 taon gi.. hehe.. cam ade yg nak je..
ikot perjanjian dgn kwn yg single :: umo 30 taon.. hahahaha..


4. Do you think you’ll be marrying the person you are with now?

alamak.. which one neh?? ni susah sket.. sy pon tak pasti snanye..
ye la kot .. <-- dlm tak pasti~ haha..


5. If not, who do you want to marry?

dengan sesape je yang rasa sanggup nak bela dan tahan dengan saya yg ada sedikit kecacatan mental neh.. muhahahaa.. gelak jaat disitu~


6. Who will be your bridesmaid or your bestman?

ehem.. sape nak??kezen sy da chop tp cam die ade je kat mesia taim tu.. haha..
suruh budak kecik je boley tak?? ngeh

7. Do you want a garden/ beach or traditional wedding?

Ala2 garden dekat pulau dengan unsur moden traditional berhidangkan makanan kampong yg lazat hingga menjilat jari ituuu berserta sedikit western food yang simple~ tamow food yang da selalu sangat orang makan dekat kawen2 biase..
tak rasa muak ke weh hadap mende tu hari2?kan musim orang kawen, gerenti laa harus ke kenduri kawen hari2, pengantin and theme je tuka, makanan tetap sama walaupun rasa je lain. ..haha
** tetiba part ni terlebih jawab plak.. ngeh

8. Where do you plan to go for honeymoon?

belum diskas lagi sebab belum ada yang bertanya.. harap maklom!
mana2 je la janji selesa.. selesa tu penting weh~ muhahahahahahhaaa


9. How many guest do you think you’ll invite?

seberapa ramai yang mungkin.. tp kalau wat kat pulau tu cam kne limit sket kot.. tapi kalo taim tu nama sy tetibe jadi jutawan norhamimi idayu , semua sy angkot kot.. so, doakan ye kwn2 ade title tu tambah kat dpn.. ngeh


10. Will that include your exes?


yippie yappa.. semua WAJIB dijemput.. barulah dorang makan ati ulam jantong taim tu.. tu pon kalau sudi datang ler.. huahua


11. How many layers of cake do you want?


layers of pelangi.. hidup pon cam pelangi~ huhu..
tak kot.. just cuppacakes with many faces.. br semua orang dapat sorang satu..
pasan tak berlayer berjuta2 lemon pon, pengantin potong yang paling bawah je pastu men suap2 makan yg tu je.. tak kasi pon kat tetamu barang semulut walhaL yang tetamu ni dah meleleh air liur sampai kat baju liplap2 tu sebab kek tu sikit punya kiyut and mengghairahkan..haish~ kek tu tipu semata2 kot.. ade yang reaL, tapi harga pun sikit punye ReaL! huh~


12. When do you want to get married? Morning or evening?


evening most probably becoz i dont rasa i'll look vouge, extra cute in the morning especially during those busy days.. mesti ketiduran ketakcukupan kecuakkan kesemuaan.. haish~ takot takot!!
** pernah sekali pergi kawan akad nikah and tengok semua dr awal, sy yang cuak lebey.. tu turn kawan sy je, turn sy pitam teros kot~ hahahahahaha.. rakan2 sila bagi sapot kat saya byk2 ye..


13. Name the song/tune you would like to play at your wedding?


tengokla lagu apa yang sesuai dengan hormon level di saat itu.. muhehe.. yang pasti besh kot..

14. Do you prefer fine dining or just normal spoon/fork/ knife?


takesah mane2 pung janji makanan itu sgt sedap lazat.. kan kan??

15. Champagne or red wine?


Air ribena and froots but not foot.. yam yam~


16. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?


Right after the wedding definitely~ mmuhahahahahahampeh btol!


17. Money or household items?


brg umah semestinya. meh nak kasik list yang wajib ni :
* oven yang besar dan besh :: boley baking yang besh2 nnt korang jugak dtg makan..
* periuk belanga yang taan lama tu :: tak mahal takpe janji berguna dan tahan ye..
* pinggan mangkuk yang kiyut miyut :: nanti nak serve mkn kat korang, bertambah sket selera tgk cun je.. makanan sedap tp letak kat tempat tak cun, tak selera gak kan? haha
* coffee maker :: bagila mende alah ni weh.. sng nnt tetamu dtg wat air.. sy mmg rajin.. (kalo tanak merasa minom air ribena beri je la~ haha)
* vacuum cleaner yang auto tu :: sy mmg rajin.. so kena bg yang auto nnt die jalan sdr je.. ngeh
* mesin basuh auto, tv besar, set home teater, paintings and blablablaaaaaaaa...

pesanan pihak penaja :: sila chop yang mana anda berkenan nak bagi so nnt takde la bg mende sama and bazir duit anda..

kahkahkahkah.. merepek je semua ni tapi kalo rasa nak bagi pon takpe.. kecik tapak tangan, tapak umah saya tadahkan.. hahahahaa


18. How many kids would you like to have?


3-4 je kot <-- ni just planning je.. dpt 1 pon oke dah dikire rezeki.. dapat ramai pon oke.. janji mampu ye.. tak mampu tayah la beranak ramai2 weh.. kesian budak tu nnt.. hu~

19. Will you record your honeymoon in DVD and CD?


yang sesuai record le..yang tak berape nak sesuai tu, record dalam otak sudey~ huuhu..

SEKIAN.

 

* A Story To Share * Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template