Friday, December 18, 2009

Rimas Lemas Cemas

Tetiba rasa macam bengong.

Rimas dengan manusia keliling yang keling.

Lemas dalam kehidupan yang kucar kacir lagi tercicir.

Perlukan perubahan.

Ini serius kawan~


.

Salam Maal Hijrah buat semua.

Monday, December 7, 2009

KB MALL RUNTUH

Aiyak~KB MALL kebanggaan anak kelate runtuh ke?tajuk ni bikin gempak saja..Sebenarnya dinding KB MALL kena rempuh dengan kereta kaler bumblebee ni..plat dia BCL 3210.ingatkan memang satu KB MALL tu runtuh. terkejut jap~

Kalau KB MALL runtuh betul, bosan la g KB nanti T__T

Hairan betul camne kereta kuning ni boleh rempuh dinding parking kat roof tu.. ni mesti kes terlajak ke apa.
Papepun,kita sedekah la Al-Fatihah kat mereka.

Berita asal BERNAMA(UTUSAN ONLINE): 2 maut kereta terjunam dari parkir pasar raya

KOTA BAHARU 6 Dis. — Dua pelajar perempuan sebuah kolej kejururawatan Masterskill cawangan Kota Baharu maut manakala seorang lagi parah apabila sebuah kereta terjunam dari tingkat atas sebuah pasar raya KB Mall di sini.
Jurucakap polis yang mengesahkan perkara itu berkata berdasarkan laporan awal kejadian itu berlaku pada pukul 5.40 petang.


Saturday, December 5, 2009

Upin dapat bini


Hi , nama saya Upin.



Holaa.. saya bini upin..



Buley panggil saya Opin ye kawan kawan. +____+


Sarang Burung aka Rumah Burung

Location: Kuala Besut, Besut.


Rumah burung lagi besar dari rumah orang.adeh~
Tak mampu buat sarang burung tapi kalau bagi saya contract proses dan peking sarang burung tu pon dah kira okeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sangat T__T

Mahkamah Majistret Shah Alam

Tetiba kompiyus mahkamah ke makhamah ke makamah.. hahahaa.. bengom!

WARNING: entry ni panjang dan bosan .. Baca yang bold sudey~

04.12.2009

0015
Ke Kedai Mamak Sedap dengan kawan dan kawan yang bakal menghadap majistret besok siang. Kawanz cuak esok nak kena baca pertuduhan. Tak lalu makan tak lalu nak tidur rasa macam hari ni hari terakhir dapat merasa angin luar dan bersuka ria bersama kawanan.Padahal bukan nak kena hukuman pun lagi. Baru sebutan kes beb. wahaha. Ai selaku seorang kawan yang bengong tapi baik hati telah mengajak mereka ke mamak untuk berpokerface mengurangkan tekanan.Padahal masing masing tamau tidur takut tak bangun pagi,kang lewat masuk court bikin kecohla pulak. Gi buat duit dalam Poker FB konon bolehla dapat duit dalam 6riban buat bayar loyar TiruMacamSaya(bukan nama sebenar)

0305
Pindah ke AlSaafa.Orang lain pindah meja kami pindah kedai terus sebab Mamak Sedap kedekut tuh off tenet ko-nek-syen tepat kol3 pagi. Disiplin sungguh. Hahaha.

0530
Balik rumah konon rehat tapi sebenarnya tidur. kehkeh.

06oo
Awek kawan buat wake up call. Nasib baik bangun sebab sedar tanggungjawab untuk hari tu. Kalau tak mmg marty aku tak kan jawab call tuh. hahahahah

0810
Sampai Mahkamah Shah Alam. Bajet kol8 dah sampai tapi kawan ai kecuakkan sampai tak bernafsu nak bawak kereta laju-laju. selalunya bawak kereta sikit punya laju macam nak bunuh diri. hahaha.Nampak pintu pagar pun ai dah nervous macam ai pulak yang buat salah.Ngeh.

083o
Tak bukak pun lagi bilik tuh. PakCik Jaga cakap kalau hujan selalu start lambat. Datang balik sejam lagi katanya. Makanya kami ke cafeteria. Rasa janggal sebab banyak manusia beruniform putih, hitam dan biru gelap saja. Sedikit takut nak duduk dengan kelompok manusia berbaju biru gelap. T__T

0850
First time jabat tangan dengan seorang lawyer sebenar. ahahahahha. Beliau friendly dan sedikit sengal.Siap gelakkan kawan ai sebab bawak ai jadi supporter.kahkahkah. Sebenarnya ai tak sokong langsung kesalahan yang kawan ai buat tu tapi ai kesian kalau dia sesorang sebab kawan satu lagi femeli dia datang. Cakap banyak pasal kereta tapi pasal kes 10% je pun. Yang dia tahu cakap 90% boleh menang kes ni. O_o

093o
Tercongok depan pintu court. Nasib baik ada loyar yang sememangnya loyar buruk untuk menceriakan suasana. Ai sempat tanya kalau Nadya Si Sotong nak buat chambering tempat dia boleh tak? Ai pulak yang sebok padahal Nadya Si Sotong tanak buat chambering pun. Wekk :P


1015
Masuk court buat bising sikit dok borak. Sebabnya sebutan kes ringan ringan dulu. So ada masa menceriakan kawan ai sikit. Hehe. Teringat kenangan masuk court sebagai pesalah masa remaja dulu. Eh sekarang pun remaja jugak . Umur 17++ pengalaman pertama jadi pesalah dalam court dengan muka bersalah minta rayuan diperingankan hukuman dengan majistret yang sungguh hensem macam Aaron Aziz. Siyes takleh blah kalau ingat balik. Mintak jauh dari masuk court sebagai OKT ,cukuplah sebagai pemerhati. Berada dalam court sebagai pesalah dan orang biasa perasaan tetap sama- TAKUT.

Polis datang tanya kawan ai nak tukar statement ke dah pasang loyar ke takpe kite fight katanya. Perghhhhh~kecuakkan tu berganda tengok polis tu dengan soalan bertubi tubi.

Loyar boleh rileks mengukir senyuman gigi rabbit.


1045 kot
Sebutan kes kawan ai.Tengok mereka berdiri dalam kandang pesalah macam kesian jugak. Walaupun juz berdiri tak sampai 10 minit sebab lepas tuh dah bersurai kes ditangguhkan ke Januari 2010. So kawan sila cari duit nak bayar incik peguam tu lagi.


11 lebey kot
Keluar dengan perasaan mengantuk otak ingat katil je.
Ke PLAZA MASALAM kawan baru terasa lapar nak makan.

Dalam hati berharap kawan dah sedar siapa kawan siapa lawan dan takkan buat silap lagi in future. Dulu orang tegur nak buat gaduh. Lepas ni sila dengar teguran ai ye kawan?

14oo
Tidur. ZZzzZZZzZZZzZZZZZ



Note: Ini kes serious. WONDERPETS tak bisa datang dan tolong.

Notakakiayam: Kerja manyak tapi belum buat.. BENGOM!!sebok update blog.. tp ni kisah penting nanti Januari kena update kes ni lagi.


Friday, December 4, 2009

Hari Yang Bosan

Gigi sape cicir ni weh?? harharharubiru.

Maka dengan ini bermulalah hari hari yang bosan dalam hidup ai.
Siyes bosan giler kena masuk kelas dengan group junior dahla sorang pon tak kenal paling besh semua macam poyo bila orang tanya nak tanak je jawab.
Rasa pelik bila sejam lebih tahan tak keluar suara mulut gerak pun nak menguap semata.
Bosan weh kelas Clinical Pathology itew. T___T
Please la bagi ai jawab paper final je tayah hadap gi kelas ngan lab yang bosan tu weh~
Ai tak gi final exam je pon kan arituh.. Huwaiiiiiii
 

* A Story To Share * Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template