Wednesday, June 3, 2009

Esei darjah enam

Tik tok tik tok. Masa berlalu pergi. Jam bagaikan minit-minit yang sangat cepat berlalu, tidak terkejar dek diri yang lemah ini. Mata kecil ini mula penat menoleh ke arah jam dan hati kecil berbisik mengharapkan masa itu dapat dihentikan sekejap. Tapi semua tinggal harapan dan adalah mustahil untuk direalisasikan.

Tiba-tiba, suasana tenang bertukar menjadi tegang.

Semua bertempiaran menuju ke semua sudut yang masih kosong. Tempat terbaik menjadi pilihan hati masing-masing. Orang sekeliling tak dipedulikan lagi seperti dunia ini milik sendiri dan hanya ditemani alien-alien sepi. Oh kasihan!

“Kenapa tiba-tiba semua orang mula mementing diri ni?” marah diri ini.

Mana pergi semua sikap suka membantu, belas kasihan dan sayangkan makhluk lain yang pernah diajar oleh ibu bapa serta guru sejak kecil dulu tu? Kenapa semua boleh berubah dalam sekelip mata begini? Kenapa tidak dibiarkan terpelihara dan terjaga dalam 2 kelip, 3 kelip ataupun berkelip-kelip mata ini nescaya semuanya pasti dapat dipanjangkan lagi. Indahnya fantasi.

Namun, masa itu sentiasa jeles akan kita. Tetapi kenapalah kita tidak pernah jeles akan masa itu sendiri? Aneh oh aneh.

Merah menyala oh jantungku mula bergerak laju. Laju selaju lajunya. Masa menjadi pencabar terdekat.

“Bagaimanakah hendak ku mulakan semua ini? Aku perlu tenang. Tenang dan sejuk. Sejuk kerana kaki tanganku sudah mulai sejuk.”, keluh hati ini. Tapi tenang itu belum kunjung tiba. Bismillah.

Namun,harus ku gagahi jua melawan segala cabaran yang mendatang.

Lantas, ku keluarkan sebatang pen berjasa daripada bekas ungu Ribenaku dan tangan,jari jemari ku mula laju bergerak meluahkan segala yang terlintas difikiranku seiring dengan pergerakan otakku.

Perlahan-lahan, kertas bersih yang masih kosong itu mulai terisi dengan bermacam-macam huruf dan angka. Tapi hanya satu warna yang terconteng. Tiada seri.

Tiba-tiba, aku menjadi buntu.

“Apa benda ni? Aduh! Susahnya. Sape nak tolong aku ni?!! Cepatlah datang. Magic kesini kau!,” diriku bermonolog lagi.

Suasana sunyi walaupun agak tegang. Aku mulai bingung. Resah tak boleh mendiamkan diri.

Ku toleh kanan, kiri, depan dan belakang. Semua orang masih tak berganjak. Masih tunduk.

“ Wah! Peluang datang ni. Baik punya. Cepat cepat buat magic” Bisikku nakal.

Sepantas kilat aku menyambar kalkulator dan kertas kecil yang ku bawa tadi serta handphoneku.

“ Alamak, tak nampak la pulak.Apekemende yang aku tulis semalam ni?! Kecik sangat tulis ni! Banyak yang tak clear dari clearnya. Aduh! Hampeh betol la.”

“ Play je la benda yang aku record semalam tu,” keluhku lagi sambil merapatkan kepala ke dinding.

Sambil-sambil tu sempat jugak aku selak lengan baju kurungku.

“Fuuh, nasib baik ada selit kat sini sikit tadi.Bagus jugak aku pakai baju kurung time camni.”

Aku meneruskan kerja yang terhenti tadi. Mula terasa sedikit lega. Masa tetap menjadi pencabarku.

Sedar tak sedar sudah sejam masa berlalu.

Tanpa melengahkan masa, aku guna masa yang tinggal mengintai orang yang terdekat dengan aku. Puas aku sepetkan mata tapi masih kurang jelas visual aku. Jadi baik aku tanya je terus.

Okeh orang sebelah bagi respon baik. Syukur!

Arghh~ malasla aku nak fikir lama-lama ni. Padan muka sapa suruh main game banyak sangat ! Cukup la ni kot. Tawakal sudey!,” aku mulai fed up.

Masa tinggal setengah jam lagi. Tapi aku dah panas punggung. Lemak-lemak di punggung seakan akan mencair barang sedikit. Tak tahan nak duduk lama-lama lagi. Perut pun da start menyanyi lagu Goodbye by Air Supply.

Jap, baik aku kira dulu. Tolak tu tambah ni darab tu bahagi ni.

Ok, done!

Tanganku laju je mengemas segala barang-barang. Perasaan rimas hampa dan happy semua teradun sama. Semua tak penting lagi.






Dan akhirnya dengan penuh yakin, aku mengorak langkah keluar dari dewan peperiksaan. Selepas pintu dewan ni ku lewati, aku hanya mampu berserah saja. Goodbye buku, assignments, test dan lectures! Holiday menantiku~ Muhahahahahahaaa..


meow: i hate exam like hell yeyeh~

3 comments:

Cik Kiah on June 3, 2009 at 5:16 PM said...

exam apekah?
bukan kah mandarin esok hari?

MiMoT on June 3, 2009 at 11:14 PM said...

hoho..
situasi bunkface yang akan selalu terjadi..
selagi bermuka a.k.a face the exam..
haha..

MiMoT on June 3, 2009 at 11:16 PM said...

rajen kamu bace esei ini..

syabas syabas !

 

* A Story To Share * Copyright © 2009 Cookiez is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template