Suka weh tengok gambar orang kawen.. macam indah semacam je kan?? Lagi2 kalau photographer dia tu terer .. Benda yang simple pon boleh nampak macam cun dan stailo~ Cuci mata tengok gambar kawen neh boleh buat terapi gak di kala kebosanan melanda.. Sambil tu bolehla kita verangan sekali.. muhahahahahahahaa.. nak join ai verangan?? Meh join meh~
Tapi kan, tadi kan tengah ai syiok2 tengok gambar2 orang kawen ni kan ai terjumpa kan mende ni kan :
Cilok dari Fazrien.com
Macam kenal je cincin biru tu.. macam selalu je nampak .. Jejejeng~
Rupanya cincin ni mmg sejibik yang ado kat jari Incip Muizuddin tu~ wahaahhahahahaa Dia punya da buruk kurang bling2 da sebab da 2 tahun.. ai bagi kat dia sebab ai dok berkenan sangat ngan cincin tu taim tuh.. nak pakai sendiri tu laki punyo~ and det kaler tak seswai untuk ai hoKey.. haha..
Incip Muizuddin bila tah nak bagi cincin diamond besar bling2 kat ai neh .. Ai mahu seploh! Senang sikit pakai semua jari.. harharhar..
Haritu ai dengan jayanya dah verangan dah masok Habib Jewels tengok cincin kawen. Macam duit manyak je kan T_____T
Emm,dia punya nanti ai recycle bagi yang biru tu je boleh?? Kahkahkahkahakhahaa...
Dah dah tamau verangan da.. Kita sambung lenkali yeh kawen2 punya stori moli neh sebab nanti takot mengundang kontrobesi pulak.. Haish~ Bubaiii for now ^_^
notakakiayam: konon nak kawen..pergi kursus kawen dulu laa beb!!
Tik tok tik tok. Masa berlalu pergi. Jam bagaikan minit-minit yang sangat cepat berlalu, tidak terkejar dek diri yang lemah ini. Mata kecil ini mula penat menoleh ke arah jam dan hati kecil berbisik mengharapkan masa itu dapat dihentikan sekejap. Tapi semua tinggal harapan dan adalah mustahil untuk direalisasikan.
Tiba-tiba, suasana tenang bertukar menjadi tegang.
Semua bertempiaran menuju ke semua sudut yang masih kosong. Tempat terbaik menjadi pilihan hati masing-masing. Orang sekeliling tak dipedulikan lagi seperti dunia ini milik sendiri dan hanya ditemani alien-alien sepi. Oh kasihan!
“Kenapa tiba-tiba semua orang mula mementing diri ni?” marah diri ini.
Mana pergi semua sikap suka membantu, belas kasihan dan sayangkan makhluk lain yang pernah diajar oleh ibu bapa serta guru sejak kecil dulu tu? Kenapa semua boleh berubah dalam sekelip mata begini? Kenapa tidak dibiarkan terpelihara dan terjaga dalam 2 kelip, 3 kelip ataupun berkelip-kelip mata ini nescaya semuanya pasti dapat dipanjangkan lagi. Indahnya fantasi.
Namun, masa itu sentiasa jeles akan kita. Tetapi kenapalah kita tidak pernah jeles akan masa itu sendiri? Aneh oh aneh.
Merah menyala oh jantungku mula bergerak laju. Laju selaju lajunya. Masa menjadi pencabar terdekat.
“Bagaimanakah hendak ku mulakan semua ini? Aku perlu tenang. Tenang dan sejuk. Sejuk kerana kaki tanganku sudah mulai sejuk.”, keluh hati ini. Tapi tenang itu belum kunjung tiba. Bismillah.
Namun,harus ku gagahi jua melawan segala cabaranyang mendatang.
Lantas, ku keluarkan sebatang pen berjasa daripada bekas ungu Ribenaku dan tangan,jari jemari ku mula laju bergerak meluahkan segala yang terlintas difikiranku seiring dengan pergerakan otakku.
Perlahan-lahan, kertas bersih yang masih kosong itu mulai terisi dengan bermacam-macam huruf dan angka. Tapi hanya satu warna yang terconteng. Tiada seri.
Tiba-tiba, aku menjadi buntu.
“Apa benda ni? Aduh! Susahnya. Sape nak tolong aku ni?!! Cepatlah datang. Magic kesini kau!,” diriku bermonolog lagi.
Suasana sunyi walaupun agak tegang. Aku mulai bingung. Resah tak boleh mendiamkan diri.
Ku toleh kanan, kiri, depan dan belakang. Semua orang masih tak berganjak. Masih tunduk.
“ Wah! Peluang datang ni. Baik punya. Cepat cepat buat magic” Bisikku nakal.
Sepantas kilat aku menyambar kalkulator dan kertas kecil yang ku bawa tadi serta handphoneku.
“ Alamak, tak nampak la pulak.Apekemende yang aku tulis semalam ni?! Kecik sangat tulis ni! Banyak yang tak clear dari clearnya. Aduh! Hampeh betol la.”
“ Play je labenda yang aku record semalam tu,” keluhku lagi sambil merapatkan kepala ke dinding.
Sambil-sambil tu sempat jugakaku selak lengan baju kurungku.
“Fuuh, nasib baik ada selit kat sini sikit tadi.Bagus jugak aku pakai baju kurung time camni.”
Aku meneruskan kerja yang terhenti tadi. Mula terasa sedikit lega. Masa tetap menjadi pencabarku.
Sedar taksedar sudah sejam masa berlalu.
Tanpa melengahkan masa, aku guna masa yang tinggal mengintai orang yang terdekat dengan aku. Puas aku sepetkan mata tapi masih kurang jelas visual aku. Jadi baik aku tanya je terus.
Okeh orang sebelah bagi respon baik. Syukur!
“Arghh~ malasla aku nak fikir lama-lama ni. Padan muka sapa suruh main game banyak sangat ! Cukup la ni kot. Tawakal sudey!,” aku mulai fed up.
Masa tinggal setengah jam lagi. Tapi aku dah panas punggung. Lemak-lemak di punggung seakan akan mencair barang sedikit. Tak tahan nak duduk lama-lama lagi. Perut pun da start menyanyi laguGoodbye by Air Supply.
Jap, baik aku kira dulu. Tolak tu tambah ni darab tu bahagi ni.
Ok, done!
Tanganku laju je mengemas segala barang-barang. Perasaanrimas hampa dan happy semua teradun sama. Semua tak penting lagi.
Danakhirnya dengan penuh yakin, aku mengorak langkah keluar dari dewan peperiksaan. Selepas pintu dewan ni ku lewati, aku hanya mampu berserah saja. Goodbye buku, assignments, test dan lectures! Holiday menantiku~ Muhahahahahahaaa..
Good morning, selamat pagi, zaoshang hao~ anda sudah mandi?sudah gosok gigi?sudah breakfast?atau masih bermimpi? ngehngeh..
jemputlah makan sama2. breakfast kat rumah je ye kawan2 .. takde maknenye nak gi Old Town White Coffee ke Starbucks ke order McDonald punye set ke hape.. memandangkan harini saya terlebih rajin dan mood super baek di pagi hari. maka terhasillah jamuan dibawah ini.
dinamakan nasi goreng suka hati sesuailah dengan tukang masaknya yang suka hati di pagi hari.jangan tanya resepinya sbb masak secara lempar sahaja.haha. minumannya?? semestinya air kosong shj.ngehngeh.
tido dengan sunggoh lena semalam selepas menonton dairi AF7. saya suka tido yang damai. tido awal dan bangon pon awal. kol 7 dah taleh tido oke? mcm tak mungkin je dikala weekend sebegini. semalam takda mimpi jumpe artis hollywood ke kene cekik dengan hantu ke ape ke.suke suke suke. (pernah mimpi kapel dengan Khairi J akibat tak berapa gemar beliau.sgt bodo sbb beliau sgt jahat dlm mimpi itu!)
meow: tapi ada gak tak puas ati sbb nampak sgt AF7 ni sayang gilosh kat Aril si jambu.mmg kompem mlm ni ada balek muka dia. huh~
Author: MiMoT
|
at:5:06 AM
|
Category : rambling
|
I feel so much insecure right now. Like there’s no place that I belong. No one cares for me anymore. I will be left far behind in the darkness with me and myself only. But I have to learn to face the world. Whining? No! LOSER. No I’m not. All the cruelness of the world and stupidity of people around me. Is all I have to bear from now on. Let’s just see how it will end up. and now i just need to
Author: MiMoT
|
at:1:49 AM
|
Category : rambling
|
Sometimes it’s good to have nothing to do and just chilling out enjoying the moments.
Sometimes it’s just too good to have things to do to keep busy as the time can pass by faster and make no space for us to even think about ourselves..
But sometimes it’s so much better to have some things that have to do and act as if we got zero thing to do so that there’s no stress..
Ur should I put it this way--
that sometimes it’s best to sleep , dreaming and act as if u got nothing to be done even though there are loads..
Life is to be enjoyed and cherished. Isn’t it? huahuauhahua...
meow-meow: i do believe in being a kid all my life would be such a heaven feeling.. sleeping soundly like a baby without having any problems and things to think about.. haish~ yet sleeping is like dying.. i'm not ready to die yet..